Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru

Amirudin, Aminuddin, Chang kekal naib presiden, Ramanan muka baru

pkr
FAHMI Fadzil (dua dari kanan) bergambar bersama perwakilan wanita PKR yang menghadiri Kongres Wanita Keadilan di Pusat Konvensyen Danga Bay, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri  Aminuddin Harun dan  Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dalam pemilihan parti hari ini, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Sementara Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R Ramanan menjadi satu-satu muka baru apabila berjaya mengisi satu lagi slot jawatan itu.

Lebih kurang 15,000 perwakilan mengundi secara fizikal dan atas talian pada pemilihan hari ini.

Selain itu Datuk Fahmi Fadzil,  Adam Adli,  Chan Ming Kai, Gunaraj, Azlan Helmi, Datuk Maszlee Malek antara yang dipilih menduduki kerusi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN