Allah nak bagi yang terbaik - Adam Lee reda soal zuriat - Utusan Malaysia

Allah nak bagi yang terbaik – Adam Lee reda soal zuriat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Adam Lee reda dengan ketentuan Tuhan yang belum mengurniakan dia dan isteri, Sweet Qismina zuriat meskipun mereka sudah berkahwin selama tiga tahun.

Mengulas tentang hal itu, Adam memaklumkan dia percaya Allah akan memberikan dia dan isteri kurniaan dan merancang kehidupan terbaik untuk mereka berdua.

“Saya akui dulu memang saya sedikit tertekan. Saya berperang dengan diri sendiri dan selalu mempersoalkan kenapa kami belum ada zuriat.

“Tapi selepas bulan ketiga bergelar suami, saya mula reda. Saya percaya Allah mahu bagi yang terbaik, dan suruh saya fokus kerjaya dulu sebab saya dan isteri pun sedang dalam proses memiliki rumah sendiri.

“Jadi kami tak tertekan pun sebab percaya dengan perancangan Tuhan,” ujarnya.

Adam berkata demikian ketika ditemui selepas tayangan episod 14 dan 15 drama terbitan Viu, Pabila Dia Tersenyum baru-baru ini.

Aktor itu mendirikan rumah tangga dengan Sweet pada 24 Oktober 2022.

Namun kata Adam, dia bersyukur kerana sepanjang tempoh perkahwinan tiada pihak yang mengasak pertanyaan mengenai zuriat kepada mereka.

“Yang seronoknya, tak ada sesiapa pun yang bagi kami tekanan dengan bertanya pasal anak.

“Malah saya bersyukur kerana keluarga kami memahami perkara ini,” kongsinya -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN