1,875 syarikat GLC perlu pulangkan semula dana awam

Akta 62 beri JAN kuasa audit syarikat GLC

WAN Suraya Wan Mohd. Radzi (Empat dari kanan) bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP), di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara (JAN) mempunyai kuasa menjalankan pengauditan terhadap 1,856 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata, tindakan itu berdasarkan Perintah Audit (Akaun Badan Lain) (Pindaan) 2024 [P.U.(A) 331/2024] yang diwartakan pada tahun lalu.

Kata beliau, tindakan itu berdasarkan pengauditan dan susulan audit yang dibuat serta dibentangkan dalam Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN).

“Selaras dengan pindaan Akta 62 pada hujung tahun lalu yang memperluaskan kuasa Ketua Audit Negara dalam pengauditan terhadap badan lain termasuk syarikat yang menerima jaminan kewangan serta pelaksanaan pendekatan baharu iaitu ‘follow the public money audit’.

“Ia. menunjukkan peranan dan tanggungjawab strategik JAN dalam mengesan dan menilai risiko fraud perakaunan secara lebih berkesan dan bersasar,” katanya sidang akhbar Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP) di sini hari ini.

Kata beliau, kesemua jabatan GLC tidak akan terlepas daripada tindakan apabila laporan LKAN itu diterbitkan oleh pihaknya.

“Tindakan yang dibuat oleh JSLKAN mengesan beberapa ketirisan yang pada akhirnya akan dikutip semula sama ada dalam penyata kewangan negeri atau penyata kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Malah kita juga mengaudit badan berkanun dan 1,856 syarikat berkaitan kerajaan dan apabila kita mengesan ketirisan berlaku, sama ada yang tidak dikutip, tidak diterima atau sebagainya, kita akan pastikan tindakan susulan dilakukan,” jelasnya.

Wan Suraya berkata, dalam proses ini, pihaknya bukan sekadar mahu hasil itu dipulangkan semula tetapi mahu mengesan sama ada berlakunya ketidakteraturan serius atau isu-isu tadbir urus.

Dalam pada itu, katanya, JAN juga sedang meneroka teknologi baharu bagi mengesan penipuan sejajar dengan trend yang semakin kompleks dan berkembang.

“JAN kini sedang menjalani proses pendigitalan di mana hampir semua audit kini dijalankan secara digital.

“Kami juga sedang meneroka bagaimana kami boleh menggunakan teknologi baharu untuk mengesan penipuan, terutamanya isu penipuan yang kompleks dan baru muncul. Ini sudah menjadi sebahagian daripada proses kerja kami yang sedang berjalan,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN