Malaysia-Russia teroka ruang kerjasama baharu

Aeroflot dipelawa sambung penerbangan terus ke Malaysia

ANWAR Ibrahim bertanyakan sesuatu kepada seorang pelajar Malaysia ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Diaspora Malaysia di Russia, kelmarin. – SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan Russia, Aeroflot dipelawa menyambung semula penerbangan terus ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut penting bagi mengukuhkan hubungan rakyat antara dua negara serta untuk meningkatkan kesalinghubungan.

“Kami turut membincangkan penyambungan semula penerbangan terus Aeroflot ke Malaysia.

“Ia dapat mengukuhkan ketersambungan serta pertukaran rakyat dengan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar bersama Presiden Russia, Vladimir Putin di Moscow hari ini.

Sebagai rekod, Aeroflot telah beroperasi lebih 100 tahun dan antara syarikat penerbangan Russia yang terkemuka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN