4 lebuh raya Prolintas guna Sistem Pembayaran Tol Terbuka  

4 lebuh raya Prolintas guna Sistem Pembayaran Tol Terbuka  

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Empat lebuh raya dibawah selian Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka bermula hari ini. 

Pengarah Eksekutif Prolintas, Mohamad Idros Mosin berkata, empat lebuh raya yang terlibat adalah Lebuhraya Kemuning–Shah Alam (LKSA), Sistem Lingkaran Lebuhraya Kajang (SILK), Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

“Dengan adanya lorong ini, pengguna mempunyai alternatif tambahan untuk membayar tol menggunakan kad debit dan kredit, selain kaedah sedia ada seperti kad Touch ‘n Go, SmartTAG dan Pengenalan Frekuensi Radio (RFID).

 “Ini menjadikan semua enam lebuh raya Prolintas kini menawarkan Sistem Pembayaran Tol Terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamad Idros , pelaksanaan tersebut mencerminkan komitmen berterusan untuk meningkatkan kemudahan kepada pengguna, memperkukuh keselamatan jalan raya, serta mengurangkan kesesakan di plaza tol. 

Sebanyak 36 lorong akan menggunakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka secara keseluruhan di enam lebuh raya Prolintas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya