30 pekerja selamat dari rentung

30 pekerja selamat dari rentung

ASRAMA yang didiami 30 pekerja musnah dalam kebakaran di Ladang FGV, Felda Aring 2 di Gua Musang, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Seramai 30 pekerja terselamat daripada rentung apabila dapat menyelamatkan diri selepas asrama diduduki mereka musnah dalam kebakaran di Ladang FGV Holdings Berhad (FGV), Felda Aring 2, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, 90 peratus bahagian asrama berkenaan musnah dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Nor Azizi Che Noh berkata, anggota bomba tiba kira-kira sejam selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.10 pagi kerana jarak lokasi dari balai bomba sejauh 70 kilometer.

“Pasukan bomba mendapati kebakaran itu melibatkan sebuah asrama pekerja ladang struktur kelas A jenis kekal yang menempatkan sembilan buah bilik dan satu dapur. Semua 30 penghuni dapat menyelamatkan diri katanya ketika di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN