21 pegawai Mindef di India, Pakistan selamat

21 pegawai Mindef di India, Pakistan selamat

KHALED Nordin ketika meluncurkan Projek JanaVeteran Bousted Plantations Berhad di Ladang Telok Sengat, dekat sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seramai 21 pegawai dan anggota Kementerian Pertahanan (Mindef) yang kini berada di India dan Pakistan dalam keadaan selamat.

Perkara itu disahkan Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut memaklumkan seramai 18 pegawai dan anggota berada di India, manakala tiga di Pakistan kerana sedang mengikuti kursus di kolej ketenteraan di kedua-dua negara tersebut. 

“Mereka terlibat dalam pelbagai kursus, tetapi tidak terlibat dalam kawasan serangan dan konflik. 

“Sebahagian besarnya memang akan habis (kursus) tahun ini dan pada ketika ini semuanya masih dalam keadaan selamat tapi kita akan terus memantau keadaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas meluncurkan Projek JanaVeteran Bousted Plantations Berhad di Ladang Telok Sengat, dekat sini hari ini.

Akibat ketegangan dan serangan terbaru melibatkan dua negara berjiran itu,  sekurang-kurangnya 43 kematian dilaporkan, iaitu 31 orang di Pakistan, manakala sekurang-kurangnya 12 kematian di India.

Serangan India dilancarkan dua minggu selepas New Delhi mendakwa Islamabad menyokong serangan terhadap pelancong di Kashmir yang ditadbir India, namun tuduhan itu dinafikan Pakistan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN