20 pelajar SMK Changlun sertai bengkel seni 2025

20 pelajar SMK Changlun sertai bengkel seni 2025

SEBAHAGIAN peserta bersama jawatankuasa penganjur, jurulatih bergambar semasa menyertai Program Bimbingan Seni Budaya 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Jitra, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERAMAI 20 pelajar Tingkatan Satu hingga empat dipilih mengikuti Bengkel Bimbingan Seni Budaya 2025 berlangsung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun, Jitra, Kedah baru-baru ini.

Program selama enam bulan itu dari Mei sehingga Oktober dijalankan setiap minggu pada hari Jumaat selama empat jam.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dengan kerjasama Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan menganjurkan bengkel tersebut.

Seorang jurulatih Seni Budaya Negara, Mohd. Zulkamal Ismail berkata, pelajar sekolah juga perlu mempunyai ilmu berkaitan seni budaya negara sendiri.

Katanya, apabila pelajar sekolah ada ilmu itu, mereka sudah tentu ada semangat jati diri dan sebagainya.

“Pelajar begitu seronok sekali apabila dapat belajar sama tentang seni teater daripada beberapa orang jurulatih yang ada tauliah,” katanya lagi.

Seorang peserta bengkel itu, Alesya Humairah Mirkall, 16, berkata, dia begitu gembira sekali bersama rakan-rakan sekolah kerana berpeluang mempelajari bidang teater dan sebagainya.

“Apabila menyertai latihan itu, peserta ada keyakinan, kekuatan fokus untuk membina kerjasama dalam satu kumpulan, “ ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN