1,875 syarikat GLC perlu pulangkan semula dana awam

1,875 syarikat GLC perlu pulangkan semula dana awam

WAN Suraya Wan Mohd. Radzi (Empat dari kanan) bersama Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki di Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP), di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,875 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang dikesan terlibat dalam ketirisan dana awam perlu pulangkan semula dana tersebut.

Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Wan Mohd. Radzi berkata kesemua jabatan dan organisasi awam itu tidak akan terlepas daripada tindakan apabila laporan itu diterbitkan oleh pihaknya.

Menurut beliau, melalui tindakan yang dibuat oleh Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) mengesan beberapa ketirisan yang pada akhirnya akan dikutip semula sama ada dalam penyata kewangan negeri atau penyata kewangan Kerajaan Persekutuan.

“Malah kita juga mengaudit badan berkanun dan 1,875 syarikat berkaitan kerajaan dan apabila kita mengesan ketirisan berlaku, sama ada yang tidak dikutip, tidak diterima atau sebagainya, kita akan pastikan tindakan susulan dilakukan.

“Dalam proses ini, kita bukan sekadar mahu hasil itu dipulangkan semula malah kita juga mengesan sama ada berlakunya ketidakteraturan serius atau isu-isu tadbir urus,” katanya pada sidang akhbar di Majlis Peluncuran Kumpulan Kerja Fraud Perakaunan (KKFP), di sini hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Ketua Audit Negara juga sedang meneroka teknologi baharu bagi mengesan penipuan sejajar dengan trend penipuan yang semakin kompleks dan berkembang.

Kata beliau, Jabatan Audit Negara kini sedang menjalani proses pendigitalan di mana hampir semua audit kini dijalankan secara digital terutamanya audit melibatkan syarikat.

“Kami juga sedang meneroka bagaimana kami boleh menggunakan teknologi baharu untuk mengesan penipuan terutamanya isu penipuan yang kompleks dan baru muncul. Ini sudah menjadi sebahagian daripada proses kerja kami yang sedang berjalan.

“Sementara itu, berkaitan pangkalan data bersama ia adalah satu idea yang kita sedang teliti namun perlu diambil kira bahawa Jabatan Audit Negara tertakluk kepada perlembagaan dan akta audit di mana ada kekangan tetapi kita akan bekerjasama dalam lingkungan had akta masing-masing,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN