127 peneroka Kesedar tidak sabar pegang geran tanah

127 peneroka Kesedar tidak sabar pegang geran tanah

AHMAD Zahid Hamidi (tengah) menyaksikan proses menandatangani dokumen rasmi bagi urusan pindah milik tanah pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar 2025 di Dataran Awam Kampung Jerek, Gua Musang, Kelantan. – UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Penantian selama 45 tahun oleh 127 peneroka dari lima Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) untuk memiliki geran tanah sendiri, bakal berakhir selepas menandatangani dokumen rasmi bagi urusan pindah milik tanah yang diusahakan mereka.

Urusan itu melibatkan peneroka RKT Kesedar Sungai Asap, RKT Kesedar Renok Baru, RKT Ke­sedar Paloh 1, RKT Ke­sedar Paloh 3 dan RKT Kesedar Chalil yang membolehkan mereka menjadi pemilik tanah berkenaan.

Ketua Peneroka RKT Kesedar Paloh 3, Hasan Saleh, 56, berkata, mereka sudah tidak sabar menantikan penyerahan geran hak milik tanah dalam tempoh tiga bulan selepas menandatangani Borang 14A Kanun Tanah Negara 1965.

“Setiap tahun bilangan ahli keluarga kami bertambah sehingga ke generasi ketiga. Kami sudah lama menantikannya sehingga sudah ada yang bercucu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Seorang lagi peneroka, Mohamed Ab. Rahman berkata, mereka berterima kasih kepada Kesedar, kerajaan negeri, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang merealisasikan impian memiliki tanah ladang sendiri.

Katanya, sebelum ini tanaman ladang kelapa sawit yang diusahakan tidak mempunyai geran.

“Setiap peneroka akan me­nerima lot ladang dengan kelua­san hampir empat hektar de­ngan anggaran nilaian tanah RM360,000 hingga RM468,000 bagi setiap lot,” katanya.

Pemindahan hak milik itu pertama kali dilakukan Kesedar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya