11 kematian akibat tibi di Terengganu 

11 kematian akibat tibi di Terengganu 

KASEMANI Embong (empat dari kiri) melepaskan burung merpati sebagai gimik Sambutan Hari Kesihatan Sedunia, Hari Tibi dan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu. -  UTUSAN / NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 11 kes kematian akibat penyakit tibi direkodkan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bagi tempoh bermula awal tahun ini sehingga bulan ini.

Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pihaknya mendapati faktor kelewatan pesakit mendapatkan rawatan antara punca kematian individu yang menghidap penyakit tersebut.

“Kes tibi direkodkan seluruh Terengganu setakat bulan ini adalah sebanyak 210 kes dengan 11 kematian yang majoritinya melibatkan golongan dewasa. Jumlah keseluruhan itu menurun empat kes berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

“Statistik sepanjang tahun lepas merekodkan sebanyak 632 kes tibi dilaporkan, 11 peratus daripadanya dalam kalangan kanak-kanak. Kes- kes tersebut mengakibatkan 26 kematian. Kita harapkan orang ramai yang ada tanda-tanda atau gejala tibi segera dapatkan rawatan. Kelewatan mengesan penyakit berkenaan sekali gus mampu beri kesan kepada rawatan terhadap pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sambutan Hari Kesihatan Sedunia, Hari Tibi dan Hari Malaria Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Kuala Berang, di sini hari ini.

Kasemani berkata, bagi kes malaria pula, sebanyak tiga kes dilaporkan setakat ini membabitkan dua kes malaria zoonotik iaitu di daerah Setiu dan Kemaman serta satu kes malaria manusia (kategori import) di Hulu Terengganu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN