Warga Kementerian Pertahanan perlu tingkat keupayaan, seiring teknologi moden

Warga Kementerian Pertahanan perlu tingkat keupayaan, seiring teknologi moden

MOHAMED KHALED NORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pertahanan perlu meningkatkan keupayaan  dan kesiapsiagaan mereka supaya seiring dengan perkembangan dunia digital demi memperkasa penyampaian perkhidmatan awam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dalam era teknologi disruptif, kecekapan perkhidmatan bergantung kepada penggunaan sistem digital yang efisien.

Beliau berkata, pemodenan perkhidmatan bukan lagi pilihan tetapi satu keperluan mendesak untuk menjadikan sesebuah kementerian itu lebih tangkas, mapan dan berdaya saing.

“Penggunaan automasi, kecerdasan buatan (AI), big data dan integrasi sistem dapat mengurangkan beban tugas manual serta pembaziran sumber.

“Melalui teknologi dan pendigitalan, kita akan lebih bersedia menghadapi tuntutan serta kedinamikan perkhidmatan awam yang semakin mencabar,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang Kementerian Pertahanan, di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali.

Yang turut hadir Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Datuk Mohd. Nizam Jaffar, Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Mohd Fauzi Tengku Ibrahim dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Muhamad Norazlan Aris.

Pada majlis itu, seramai 398 orang penjawat awam dan anggota tentera menerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang.

Sementara itu, menurut Mohamed Khaled, walaupun teknologi menjadi pemacu utama, tenaga kerja yang mahir dan berdedikasi tetap menjadi tunjang kepada kejayaan kementerian.

Beliau turut menyeru seluruh warga kementerian dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk melipatgandakan komitmen menjayakan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya