PETALING JAYA: Kegiatan lelaki warga India dipercayai diupah sebagai ‘keldai’ untuk menyeludup hidupan liar bagi spesies Ungka Tangan Hitam dan kura-kura Red-Eared Slider melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini terbongkar selepas ditahan, Ahad lalu. Penahanan lelaki warga India kira-kira pukul 10 malam itu dilakukan hasil tindakan pantas Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Polis Bantuan KLIA. Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim…









