Wanita maut dirempuh kereta terbabas ketika bersarapan

Wanita maut dirempuh kereta terbabas ketika bersarapan

MANGSA disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat dirempuh kereta Perodua Alza yang terbabas di Taman Bersatu, Sungai Petani.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang sedang menikmati sarapan di sebuah premis rumah kedai maut selepas dirempuh kereta yang terbabas di Taman Bersatu, di sini pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 pagi itu menyebabkan Han Chin Ting, 55, yang cedera parah di beberapa bahagian badan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat rempuhan kuat oleh kereta jenis Perodua Alza dipandu seorang wanita berumur 50-an.

Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, kejadian berlaku apabila kereta itu yang sedang bergerak menghampiri simpang tiga berhampiran kedai makan itu dilihat hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pelanggan di situ.

“Pemandu wanita terbabit tinggal memaklumkan dia tersilap tekan pedal minyak menyebabkan kenderaan hilang kawalan. Dia tidak cedera tetapi terpaksa ditenangkan oleh orang ramai kerana terkejut,” katanya.

Tambahnya, mangsa setiap pagi akan bersarapan di premis itu selepas selesai menghantar ibunya ke rumah penjagaan orang tua yang terletak berdekatan sebelum keluar bekerja sebagai jurujual.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, mangsa di bawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses bedah siasat.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya