Ustaz Yusri ramah walaupun wajah serius

Ustaz Yusri ramah walaupun wajah serius

MOHAMAD Yusri Bakir menyantuni pengundi di PDM Air Kuning, Tapah, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: “Muka saja nampak serius tapi hatinya baik”.

Demikian pandangan bekas rakan sejawat Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, yang bertan­ding sebagai calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Ayer Kuning.

Menurut Mohd. Nor Bahari Baharudin, 58, dia mengenali Mohamad Yusri yang mesra disapa ustaz sejak sama-sama mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti dekat sini sekitar tahun 90-an.

Katanya, sebagai rakan sekerja, Mohamad Yusri dikenali ramai sebagai seorang yang ramah dan mudah mesra meskipun air mukanya kelihatan serius.

“Ustaz seorang rakan yang banyak membantu dan mudah untuk kita minta tolong. Kalau ada apa-apa masalah, dia akan cuba bantu kita sebaiknya.

“Satu kelebihan ustaz ialah tentang ingatannya yang cukup kuat. Dia boleh ingat latar belakang kawan-kawan sehingga ke nama anak-anak kami dan nombor pendaftaran kereta. Itu kelebihan yang kami semua tahu,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Rahmah Madani di Tapah Road, di sini semalam.

Pada PRK DUN Ayer Kuning, Mohamad Yusri yang juga bekas Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral Institut Pendidikan Guru (IPG) menghadapi saingan tiga penjuru dengan calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, 44, dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.

Menurut Mohd. Nor, Mohamad Yusri dipanggil ustaz bukan hanya disebabkan mengajar Pendidikan Islam tetapi kerana latar belakang keluarganya yang teguh dalam pegangan agama. 

Malah katanya, pemilihan Mohamad Yusri sebagai calon BN juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana beliau telah menunjukkan gaya kepimpinan sejak sekolah lagi.

“Kami tidak terkejut bila namanya diumumkan. Memang dari dulu nampak ciri-ciri pemimpin. 

“Saya bangga dan percaya beliau mempunyai kredibiliti untuk memikul tanggungjawab sebagai wakil rakyat,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN