Tular bayi hilang di Hospital Lipis tidak benar

Tular bayi hilang di Hospital Lipis tidak benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS ; Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) menafikan berlaku  kejadian sepasang bayi kembar hilang dilarikan doktor palsu di Hospital Kuala Lipis’ seperti tular dalam media sosial.

Jurucakapnya berkata, siasatan awal mendapati tiada bayi kembar seperti yang didakwa menerima rawatan di wad kanak-kanak Hospital Lipis. 

“Kali terakhir ibu berkenaan menerima rawatan di Hospital Lipis adalah pada Julai 2024 manakala bagi dakwaan wujudnya doktor palsu yang bernama ‘Dr. Amalina Husna’ yang merawat bayi itu  selama sembilan di Hospital Lipis pula, didapati tiada rekod bagi kewujudan doktor tersebut pernah bertugas di Hospital Kuala Lipis,” katanya dalam satu kenyatan hari ini.

Menurutnya, satu laporan polis dibuat oleh Pengurusan Tertinggi Hospital Lipis bagi mengelakkan sebarang berita yang tidak berasas disebarkan sewenang-wenangnya. 

“Penularan melalui media sosial itu boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti pengurusan dan perawatan di Hospital Kuala Lipis dan JKNP khususnya.  JKNP mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam penyebaran maklumat jika tidak pasti kesahihannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata mengesahkan menerima laporan daripada pihak Hospital lipis berkaitan kejadian tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya