Tukun tiruan, unjam bantu kukuhkan ekosistem marin Pulau Pinang

Tukun tiruan, unjam bantu kukuhkan ekosistem marin Pulau Pinang

MOHAMAD Abdul Hamid (tengah) meninjau tukun yang akan dilepaskan di Pulau Kendi, Pulau Pinang sempena program penempatan tukun tiruan dan unjam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Usaha kerajaan negeri untuk memulihara alam sekitar khususnya marin terus diperkukuh menerusi penempatan tukun tiruan dan unjam di perairan berhampiran Pulau Kendi di sini.

Langkah yang dianggap sebagai sebahagian daripada strategi jangka panjang pemuliharaan ekosistem laut itu dilaksanakan menerusi Pelan Induk Pengimbangan Ekologi PSI (PEOM) yang menjadi inisiatif utama bagi projek pembangunanPulau Silikon di kawasan selatan negeri ini.

Pelaksanaan PEOM adalah hasil kerjasama strategik antara Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PIC), pemaju Silicon Island Development Sdn. Bhd. (SIDSB) dan Pusat Kajian Samudera dan Pantai (CEMACS), Universiti Sains Malaysia (USM).

Ketua Pegawai Eksekutif PIC, Datuk Seri Farizan Darus berkata, penempatan tukun tiruan dan unjam bertujuan mewujudkan habitat baharu bagi hidupan marin, sekaligus menggalakkan biodiversiti laut.

“Program ini merupakan antara langkah awal dalam strategi pemuliharaan yang lebih luas di
bawah PEOM. Ia dirancang dengan teliti oleh pakar dan disokong oleh agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Negeri Pulau Pinang, Institut Penyelidikan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

“Kami percaya pendekatan saintifik dan menyeluruh ini akan membawa impak positif kepada ekosistem laut di sini,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian program penempatan tukun tiruan dan unjam di Gat Lebuh Macalum di sini, hari ini yang disempurnakan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Pengerusi Jawatankuasa Taskforce Nelayan, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, inisiatif ini bukan bersifat simbolik semata-mata, tetapi merupakan sebahagian daripada pelaksanaan komprehensif PEOM.

“Ia juga meliputi penanaman pokok bakau, penstokan ikan dan udang, penawaran geran penyelidiakan serta peningkatan ekologi pesisir pantai. Semua ini dilaksanakan dengan objektif utama untuk melindungi alam sekitar dan kepentingan jangka panjang nelayan tempatan,” katanya.

Pada masa yang sama, Mohamad berkata, program penstokan udang yang dijangka berlangsung pada Rabu ini kini telah memasuki fasa ketiga manakala penstokan ikan pula dijadual bermula pada
bulan Mei.

“Sehingga kini, sebanyak 23,200 pokok bakau telah ditanam, malah, sebuah geran penyelidikan telah disalurkan kepada CEMACS bagi kajian berkaitan perekrutan karang (coral recruitment) sebagai sebahagian daripada usaha pemulihan terumbu karang di kawasan Pulau Kendi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya