Tubuh jawatankuasa khas bincang isu tarif AS

Tubuh jawatankuasa khas bincang isu tarif AS

opr
BARJOYAI BARDAI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu segera menubuhkan jawatankuasa pilihan khas sebaik sahaja selesai Sidang Khas Parlimen pada 5 Mei ini bagi membincangkan secara menyeluruh isu kenaikan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) dan impaknya ke atas ekonomi negara.

Pakar ekonomi, Dr. Barjoyai Bardai berkata, jawatankuasa itu perlu dianggotai oleh pakar ekonomi daripada pelbagai institusi dan agensi, selain penglibatan menteri-menteri berkaitan bagi merangka penyelesaian jangka pendek dan sederhana.

Katanya, penubuhan jawatankuasa itu juga perlu dilaksanakan secepat mungkin dalam satu tempoh kurang sebulan daripada sesi sidang khas berkenaan. 

“Walaupun isu ini akan dibincangkan dalam sidang khas, namun tanpa penglibatan langsung pakar ekonomi, perbincangan mungkin tidak cukup mendalam. Oleh itu, jawatankuasa khas ini perlu ditubuhkan segera, dalam tempoh kurang sebulan selepas sidang khas,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Sidang khas Dewan Rakyat itu diadakan bagi membincangkan kesan tindakan Amerika Syarikat (AS) ke atas ekonomi Malaysia diadakan atas permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Parlimen Malaysia memaklumkan, urusan mesyuarat khas itu diadakan selaras Peraturan Mesyuarat 11(3) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membolehkan isu-isu semasa yang mendesak dan memberi manfaat kepada rakyat dibincangkan.

Ia akan membabitkan penerangan daripada menteri-menteri di bawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) berkaitan tindakan AS mengenakan tarif timbal balas ke atas semua import ke negara itu, kesannya terhadap ekonomi Malaysia, dan tindak balas kerajaan merentasi pelbagai kementerian dan sektor.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pakar ekonomi perlu menghadiri sidang akhbar khas untuk mendapatkan gambaran lebih menyeluruh usaha kerajaan ekoran tarif AS itu.

“Kerajaan perlu bentangkan pelan tindakan yang jelas kerana isu tarif ini memberi kesan besar kepada industri serta sektor kerajaan. Penyertaan pakar pelbagai bidang amat penting,” katanya.

Baru-baru ini AS mengumumkan kenaikan tarif 24 peratus terhadap barangan import melibatkan lebih 180 negara termasuk Malaysia namun pelaksanaan tarif ditangguhkan selama 90 hari, dari 9 April hingga 8 Julai 2025, bagi memberi ruang rundingan. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya