Tiga individu halang tugas anggota JPJ tahan lori lebih muatan diberkas

Tiga individu halang tugas anggota JPJ tahan lori lebih muatan diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan tiga individu dipercayai menghalang tugas anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan kenderaan perdagangan di Putrajaya dekat sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada pegawai JPJ mendakwa dua pemandu lori pasir  yang ditahan atas kesalahan membawa muatan lebih enggan mematuhi arahannya. 

Katanya, kedua-dua lori tersebut perlu dibawa buah stesen timbang di Semenyih kerana notis telah diberikan kepada mereka untuk berbuat demikian. 

“Bertindak atas laporan tersebut, kita telah menahan seramai tiga individu berusia antara 30-an hingga 40- an pada 15 dan 17 April di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya untuk membantu siasatan.

“Ketiga-tiga suspek membabitkan pemandu dan pemilik lori dan dibebaskan dengan jaminan. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, kertas siasatan telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu arahan lanjut.

Media semalam melaporkan anggota JPJ berdepan ancaman tonto selain diugut oleh pemilik lori selepas dua kenderaan perdagangan itu ditahan atas kesalahan melebihi muatan semasa operasi di Persiaran Perdana, Putrajaya dekat sini baru-baru ini.

Dalam kejadian pada 12 April lalu, pemilik kenderaan perdagangan dikesan datang dengan menaiki Toyota Vellfire dengan beberapa tonto dan membuat provokasi terhadap anggota bertugas. 

Turut difahamkan pemandu lori telah  mematikan Sistem Kedudukan Global (GPS) serta pancitkan tayar salah sebuah lori yang ditahan menyebabkan kesukaran kepada anggota JPJ untuk membawa lori tersebut ke stesen penguatkuasaan.

Dalam satu insiden berasingan minggu lalu di Rawang, pegawai JPJ yang menjalankan pemeriksaan rutin terhadap sebuah lori turut dikepung oleh sekumpulan lelaki yang dipercayai merupakan ‘tonto’ yang diupah oleh pemilik lori terbabit.

Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dilaporkan berkata, berhubung insiden di Putrajaya pada 12 April lalu, pemilik kedua-dua lori berkenaan hadir ke lokasi dengan menaiki sebuah Toyota Vellfire bersama beberapa tonto dan mencetuskan kekecohan dalam usaha menakutkan pegawai penguatkuasaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati pemandu lori telah mengubah suai GPS kenderaan dan mengempiskan tayar kedua-dua lori tersebut.

“Beberapa individu tidak dikenali juga berkeliaran di kawasan sepanjang Persiaran Perdana, Putrajaya selama kira-kira tiga hari untuk mengintimidasi anggota kami serta menghalang tukang tayar daripada mengepam tayar supaya lori-lori tersebut dapat disita,” katanya. 

Susulan itu, tiga laporan polis di IPD Putrajaya berkaitan kejadian terbabit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN