TIDAK RASMI: BN terus mendahului, majoriti 2,139 undi - Utusan Malaysia

TIDAK RASMI: BN terus mendahului, majoriti 2,139 undi

PAPARAN keputusan tidak rasmi PRK Ayer Kuning pada skrin yang ditayangkan di Pusat Gerakan BN di Tapah, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning menyaksikan Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 2,139 undi.

Setakat jam 7.17 petang, sebanyak enam daripada keseluruhan 67 saluran telah dikira sepenuhnya.

Calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir memperolehi 4,097 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Abd. Muhaimin Malek (1,958 undi) dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM), (276 undi).

Keputusan tidak rasmi tersebut dipaparkan di Pusat Gerakan BN di Kampung Haji Tahir di sini.

Peratusan pemilih yang keluar mengundi pada PRK DUN Ayer Kuning sebanyak 58 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN