Tiada lafaz cerai hari ini, Zehra Zambri, suami diarah lantik wakil JKP - Utusan Malaysia

Tiada lafaz cerai hari ini, Zehra Zambri, suami diarah lantik wakil JKP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BARU BANGI: Kes permohonan cerai penyanyi, Zehra Zambri diteruskan apabila Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat hari ini meminta mereka melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 7 Mei depan.

Menurut peguam syarie mewakili Zehra, Abd Muiz Samsuri, 50, berkata keputusan itu dibuat kerana pihak defendan Nur Mohd Iqwan Samsudin enggan melafazkan cerai pada hari ini membuatkan kes dibawa bulan hadapan.

“Pihak Iqwan tidak bersetuju dengan perceraian secara baik dan mahkamah menetapkan tarikh baharu untuk melantik JKP. Kita akan datang lagi untuk pelantikan JKP. Kita berharap pihak Iqwan terbuka hati melepaskan Zehra secara baik,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Susulan itu, finalis Anugerah Juara Lagu ke-21 itu melantik bapanya, Zambri Ahmad sebagai wakil.

“Saya letih sangat, tidak perlu mengulas panjang kerana ada peguam yang bercakap untuk saya.

“Saya senyapkan diri saya, tidak mahu ada sebarang drama kerana akhirnya nanti saya juga yang kena semula.

“Benda ini sudah berlaku lama, jadi sudah memudaratkan diri. Tapi saya sibukkan diri untuk anak. Saya tidak lagi bekerja di RTM dan banyak masa di rumah dengan anak dan mencari peluang baru untuk kerjaya,” tambah Zehra.

Sementara itu, hadir tanpa diwakili mana-mana peguam, Iqwan belum memutuskan siapa wakil JKP yang akan hadir di prosiding sebutan kedua permohonan cerai bulan hadapan.

Terdahulu, pada 7 Mac, Zehra memfailkan perceraian terhadap suami Nur Mohd Iqwan Samsudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dengan lima tuntutan iaitu tiada persefahaman, silap suami, perkahwinan tidak boleh diselamatkan, pengabaian dan suami culas melaksanakan tanggungjawab.

Zehra mendirikan rumah tangga dengan Iqwan pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan.

Pada perkahwinan pertama, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 dan berakhir enam bulan selepas itu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya