Tetapkan garis panduan caj rawatan gigi

Tetapkan garis panduan caj rawatan gigi

Kerajaan perlu menetapkan segera satu mekanisme pengawalan atau garis panduan tetap bagi caj rawatan pergigian swasta bagi membendung caj rawatan gigi yang terlalu tinggi.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menetapkan segera satu mekanisme pengawalan atau garis panduan tetap bagi caj rawatan pergigian swasta bagi membendung caj rawatan gigi yang terlalu tinggi.

Naib Presiden MIC, Datuk T. Murugiah berkata, hal ini kerana kenaikan tersebut dilihat semakin tidak terkawal dan membebankan rakyat sekali gus menuntut perhatian khusus bagi membendung kenaikan melampau. 

“Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai caj rawatan gigi yang terlalu tinggi, ada yang mencecah antara RM500 hingga RM2,500 bagi satu sesi rawatan. Ini adalah angka yang sangat membimbangkan, khususnya dalam keadaan rakyat sedang menghadapi tekanan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat.

“Kementerian Kesihatan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup perlu segera mewujudkan satu mekanisme pengawalan atau garis panduan tetap bagi caj rawatan pergigian swasta. 

“Mekanisme ini penting bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan atas keperluan kesihatan rakyat,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau mendesak agar isu ini diberi perhatian segera agar rakyat tidak terus terbeban dan hak mereka sebagai pengguna dilindungi dengan sewajarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya