Terlalu minat, remaja menyamar jadi Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Terlalu minat, remaja menyamar jadi Penolong Pegawai Perubatan di HTF

JABATAN Kesihatan negeri mengambil langkah serius dengan memperketatkan pemantauan keselamatan susulan kes seorang remaja lelaki menyamar sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar Perlis baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Jabatan Kesihatan negeri mengambil langkah serius dengan memperketatkan pemantauan keselamatan di keseluruhan kawasan Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini susulan kes seorang remaja lelaki menyamar sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di hospital berkenaan, pada 8 April lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Chik berkata, siasatan dijalankan sebelum ini mengesahkan insiden yang tular di laman sosial sejak semalam adalah berlaku di pekarangan hospital berkenaan sekitar pukul 9.28 malam. 

Katanya, individu itu dikenalpasti sebagai orang awam berusia 23 tahun yang beruniform PPP dan lengkap bersama beg peralatan perubatan.

“Pelaku juga telah mengaku membeli pakaian seragam PPP dan peralatan perubatan tersebut secara dalam talian,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial video di mana seorang lelaki didapati menyamar sebagai anggota perubatan di hospital berkenaan. 

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop turut mengesahkan menerima satu laporan berhubung kejadian itu pada 9 April lalu. 

Ghazali berkata, lelaki itu juga dikatakan menyamar sebagai PPP kerana mempunyai minat mendalam terhadap profesion tersebut.

“Susulan insiden itu, HTF turut mengambil tindakan segera dengan memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan tertinggi JKN pada hari yang sama.

“Laporan polis turut dibuat dan tindakan selanjutnya ke atas pelaku telah diserahkan kepada pihak berkuasa,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya