Terengganu tunggu laporan penuh kehilangan pelajar

Terengganu tunggu laporan penuh pelajar hilang

SATIFUL BAHARI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Kerajaan negeri sedang menunggu laporan penuh daripada Yayasan Terengganu berhubung kehilangan seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di salah sebuah asrama di daerah ini, Sabtu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan negeri, Datuk Satiful Bahari Mamat berkata, laporan itu akan memudahkan pihaknya untuk membuat sebarang penambahbaikan untuk kebajikan semua pelajar pada masa akan datang.

“Buat masa ini, kita doakan pelajar tersebut iaitu Muna Qaisara Muhammad Budiman, 15, ditemukan secepat mungkin dalam keadaan yang selamat. Semua pihak sedang bekerjasama membantu polis untuk mengesan pelajar tersebut.

“Banyak juga pihak yang menganjurkan solat hajat dan doa selamat untuk keselamatan pelajar tersebut agar segera pulang ke pangkuan keluarganya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan keluarga pelajar itu telah membuat laporan polis pada Ahad lalu berhubung kehilangan anak mereka. Pelajar tersebut kali terakhir dilihat memakai jubah berwarna merah hati dan tudung berwarna krim pada petang Sabtu.

Mengulas lanjut, Satiful Bahari berkata, semua asrama di setiap sekolah di bawah seliaan Kementerian Pendidikan dan kerajaan negeri sudah mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk keselamatan pelajar. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN