Syabu RM15 juta dalam Triton lawan arus

Syabu RM15 juta dalam Triton lawan arus

YAHAYA Othman (tengah) menunjukkan dadah jenis syabu yang bernilai RM15 juta yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontijen Pahang di Kuantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Tindakan pantas pasukan peronda Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman mematahkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai hampir RM15 juta dalam satu operasi di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gambang, dekat sini semalam.

Rampasan besar itu dibuat ketika Operasi Utama Zon Timur dijalankan pada pukul 10 pagi hingga 1 petang di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, siasatan bermula apabila pasukan peronda menerima maklumat awam tentang sebuah Mitsubishi Triton putih dipandu melawan arus dari arah Kuala Lumpur ke Kuantan.

“Pasukan peronda segera membuat pemantauan dan menemukan kenderaan tersebut di Kilometer (KM) 211 LPT arah ke Kuala Lumpur dalam keadaan ditinggalkan di bahu jalan.

“Pemeriksaan di bahagian bonet belakang kenderaan menjumpai tujuh plastik hitam mengandungi 140 bungkusan plastik kristal jernih bertulisan ‘Chinese Pin Wei’ dipercayai dadah jenis syabu,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini. 

Menurut Yahaya, pemeriksaan lanjut dalam kenderaan itu  selepas cermin hadapan sebelah penumpang dipecahkan menemukan 15 lagi plastik hitam mengandungi 300 bungkusan bahan sama.

“Secara keseluruhan, polis merampas 22 plastik hitam mengandungi 440 bungkusan dadah dengan anggaran berat 468.3 kilogram dan nilai rampasan mencecah RM14.98 juta,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya