SPM 2024 terbaik dalam 11 tahun

SPM 2024 terbaik dalam 11 tahun

PELAJAR Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER) meraikan kegembiraan selepas mendapat keputusan SPM 2024. – UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru- baru ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 mencatat rekod cemerlang apabila mercatat pencapaian terbaik dalam tempoh 11 tahun, sejak syarat wajib lulus Bahasa Melayu dan Sejarah diperkenalkan pada tahun 2013.

Analisis keputusan peperiksaan SPM 2024 dibuat berdasarkan semua calon baharu yang mendaftar sekurang-kurangnya enam mata pelajaran, tidak termasuk calon ulangan, melibatkan seramai 386,714 calon termasuk 344,919 calon dari sekolah di bawah Kementerian Pendidikan.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan, seramai 355,933 calon (94 peratus) layak menerima sijil SPM tahun ini, meningkat sebanyak 6,636 calon (0.5) berbanding 349,297 calon pada tahun 2023.

“Peningkatan ini merupakan pencapaian terbaik sejak syarat pensijilan diperkenalkan pada tahun 2013, yang mewajibkan calon lulus dua mata pelajaran teras iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah bagi melayakkan mereka menerima sijil SPM,’’ katanya.

Selain itu, sebanyak 237,010 calon (62.5 peratus) daripada 378,606 calon baharu telah lulus semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 226,314 calon (60.6 peratus) pada 2023.

“Nilai Gred Purata Keseluruhan (GPK) bagi SPM 2024 mencatatkan penurunan kepada 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada tahun 2023, menunjukkan penyusutan sebanyak 0.11 mata.

Pencapaian ini merupakan yang terbaik sejak tahun 2021, apabila GPK direkodkan pada 4.86 mata, dan terus menunjukkan penambahbaikan pada tahun 2022 dengan 4.74 mata.

 

 

 

“Seramai 14,179 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan semua A iaitu A+ A-meningkat sebanyak 2,466 calon berbanding 11,713 calon pada tahun sebelumnya. Jumlah calon yang memperoleh keputusan sekurang-kurangnya lulus (gred E) turut meningkat kepada 136,791 orang, berbanding 131,489 calon pada tahun 2023,” katanya.

Azman turut memaklumkan bahawa seramai 1,377 calon Berkeperluan Khas atau 78.7 peratus layak menerima sijil SPM, berbanding 1,362 calon (78.9 peratus) pada tahun 2023.

Prestasi calon di kawasan bandar dan luar bandar juga menunjukkan peningkatan, dengan GPK 4.47 di bandar dan 4.92 di luar bandar, menjadikan jurang perbezaan sebanyak 0.45 mata.

 

 

SEORANG pelajar berpelukan dengan gurunya selepas menerima keputusan SPM 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Kajang.
– UTUSAN/MUHAMAD
IQBAL ROSLI“Daripada 95 mata pelajaran, sebanyak 59 mencatat peningkatan prestasi, 30 mata pelajaran menunjukkan penurunan, manakala satu mata pelajaran kekal tidak berubah berbanding keputusan SPM 2023 berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP),’’ katanya.

Sementara itu, enam daripada tujuh mata pelajaran teras mencatatkan peningkatan, sementara subjek Pendidikan Moral mencatatkan sedikit penurunan sebanyak 0.07 mata, iaitu 4.73 pada tahun 2024 berbanding 4.66 pada 2023.

Bagi mata pelajaran elektif dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti Sains Tulen dan Matematik Tambahan, kesemua menunjukkan peningkatan prestasi, dengan subjek Kimia mencatat peningkatan tertinggi sebanyak 0.37 mata GPMP, iaitu 4.52 mata pada 2024 berbanding 4.89 mata pada 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN