Suasana warna-warni dengan gema suara lagu-lagu raya masih hangat di perkarangan parkir kereta SK Pendok dan lobi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Jeli, Kelantan baru-baru ini melibatkan 21 buah sekolah daerah berkenaan dan beberapa agensi seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional( PTPTN), Puspanita dan Bank Rakyat begitu meriah.
Majlis yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 1.30 petang itu dianjurkan oleh PPD Jeli turut mengadakan pertandingan reruai tercantik yang membakar semangat kerjasama berpasukan dalam usaha menyiapkan reruai di samping menghidangkan juadah mengikut sekolah masing-masing.
Menurut Pegawai PPD Jeli, Mohamad Adnan Mohamad Kasim, majlis Aidilfitri yang kali diadakan tahun ini dengan menjemput kesemua pendidik di sekolah – sekolah dalam daerah Jeli bagi merapatkan uhkwah , selain menyuntik semangat bertukar-tukar pandangan sebagai seorang pendidik.
Sebanyak 21 buah sekolah rendah dan lima buah sekolah menengah yang mengambil bahagian melibatkan 1,000 warga pendidik
Dalam majlis tersebut, SK Pendok, dinobatkan sebagai juara pertandingan reruai tercantik dengan menu hidangan lontong bonda
Guru Besar SK Pendok Wan Senah Abdullah gembira dan tidak menyangka menjadi juara kerana kesemua peserta adalah hebat belaka.
“Kemenangan ini adalah kejayaan buat seluruh warga guru dan sekolah yang tidak berkira masa, selain komited menghasillkan dekorasi kreatif sekadar untuk cantik dan meriah, akhirnya menambat hati juri,” ujarnya. – UTUSAN