Situasi kusta dua perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah terkawal

Situasi kusta dua perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah terkawal

PERKAMPUNGAN Orang Asli Guntur, Batu Kikir, Kuala Pilah yang turut berlakunya penularan penyakit kusta baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Situasi penularan penyakit kusta yang melibatkan dua buah perkampungan Orang Asli di Kuala Pilah sehingga menyebabkan satu kematian baru-baru ini telah berada dalam keadaan terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa  Bertindak Kesihatan, Perpaduan, Penerangan, Integrasi Nasional dan NGO Negeri Sembilan, Datuk Tengku Zamrah Tengku Sulaiman berkata, ia selepas 

pejabat kesihatan daerah melakukan saringan ke atas penduduk dan melakukan rawatan susulan terhadap pesakit dijangkiti.

“Saringan penyakit kusta di lokaliti Orang Asli dijalankan berdasarkan penilaian risiko penularan jangkitan kusta di kawasan tersebut, ia bagi memastikan kes kusta mendapat rawatan diperlukan dan seterusnya menjalankan pengawasan terhadap semua pesakit kusta yang telah tamat rawatan selama lima hingga 10 tahun. 

“Selain itu, semua kontak kepada kepada kes kusta yang dikenal pasti disaring dan diberikan satu dos ubat antibiotik profilaksis (pencegahan) untuk penyakit kusta. Semua kontak ini juga akan dipantau selama satu hingga 5 tahun. 

“Kementerian Kesihatan jua komited untuk meningkatkan aktiviti saringan kusta melalui program Latihan, Kesan, Analisa, Rawat dan Rujuk (Lakar) di lokaliti Orang Asli melalui kerjasama dengan pemimpin setempat dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi pertanyaan lisan pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-15 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Negeri Sembilan menjalankan saringan ke atas penduduk di Kampung Orang Asli Chergun dan Kampung Orang Asli Guntur di Kuala Pilah selepas sebanyak sembilan kes kusta dikesan di perkampungan berkenaan pada Februari lalu.

Jangkitan tersebut turut menyebabkan seorang pesakit lelaki berusia 18 tahun dari Kampung Chergun meninggal dunia pada 17 Februari lalu selepas dimasukkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) akibat mengalami demam, sakit perut dan muntah.

Sementara itu, Tengku Zamrah berkata, tahun lalu sebanyak sembilan lokaliti seluruh Negeri Sembilan dengan lima daripadanya merupakan perkampungan Orang Asli telah menjalankan program Lakar.

“Aktiviti saringan penyakit kusta juga dilakukan dalam skala yang lebih kecil melibatkan institusi, perkampungan dan tempat kerja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya