Sisa premis makanan, bengkel kenderaan cemar Sungai Juru

Sisa premis makanan, bengkel kenderaan cemar Sungai Juru

SEBAHAGIAN daripada sisa buangan plastik yang mencemari Sungai Juru di Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Pencemaran Sungai Juru berpunca daripada dua kategori utama iaitu punca tetap dan punca tidak tetap yang masing-masing menyumbang kepada kemerosotan kualiti air sungai tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S. Sundarajoo berkata, punca tetap termasuk pelepasan sisa daripada premis makanan, bengkel kenderaan dan industri kecil manakala punca tidak tetap pula datang daripada air larian permukaan ketika hujan yang membawa pelbagai bahan pencemar ke dalam sungai.

Ujarnya, pelan jangka pendek dan panjang untuk mengatasi pencemaran Sungai Juru telah diambil kerajaan negeri termasuk mengenal pasti punca permasalahan itu.

Jelasnya, kerajaan negeri terus mempergiat usaha mengatasi isu pencemaran Sungai Juru dengan pelaksanaan pelbagai tindakan secara berterusan, tersusun dan bersepadu.

“Tindakan itu merangkumi pemantauan, kerja-kerja penyelenggaraan serta pelaksanaan pelan jangka pendek dan panjang oleh agensi-agensi berkaitan.

“Antara usaha signifikan yang telah dilaksanakan termasuk kerja penyelenggaraan berkala, pemasangan log-boom (pemisah log), operasi khas kawalan hakisan serta pemuliharaan muara sungai yang sebahagian besarnya telahpun siap dilaksanakan sepanjang dua tahun kebelakangan ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar kerajaan negeri bertindak segera menangani isu pencemaran Sungai Juru yang menjejaskan kehidupan nelayan setempat serta penternak kerang.

Tambah Sundarajoo, parameter dominan yang mencemarkan sungai di negeri ini termasuk Sungai Juru ialah ammoniacal nitrogen yang kebanyakannya berpunca daripada sisa kumbahan serta buangan organik dari penempatan tradisional dan industri.

“Antara langkah utama pemulihan, kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan Pelan Pengurusan Lembangan Sungai (IRBM) Sungai Juru bagi mengenal pasti punca pencemaran serta menyenaraikan pelan tindakan khusus untuk mengatasi masalah tersebut.

“Pelan IRBM ini juga menetapkan objektif jelas seperti memastikan air sungai bersih dan mencukupi, mengurangkan risiko banjir serta melaksanakan pemuliharaan alam sekitar. Pelaksanaannya pula melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak berkuasa tempatan mengikut bidang kuasa masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya