Siasatan Ismail Sabri baru selesai sekitar 15-20 peratus, libatkan pengisytiharan harta

Siasatan Ismail Sabri baru selesai sekitar 15-20 peratus, libatkan pengisytiharan harta

AZAM baki ketika Persidangan Antirasuah Asia Tenggara 2025: Recalling Jakarta Statment di Putrajaya. UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hanya baru selesai sekitar 15 hingga 20 peratus.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya akan memanggil semula bekas Perdana Menteri itu dalam tempoh dua minggu lagi.

“Kita akan memanggil beliau dalam tempoh dua minggu lagi kerana ada beberapa dokumen kita minta beliau sediakan dan kes ini masih lagi berjalan.

“Kali ini (siasatan) adalah berhubung dengan pengisytiharan hartanya, jadi ia memang akan mengambil masa sedikit,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Antirasuah Asia Tenggara 2025: Recalling Jakarta Statment di sini hari ini.

Azam berkata, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang telah diberi notis untuk pengisytiharan harta menjelaskan puncanya untuk memuaskan hati SPRM sebagai agensi yang mengeluarkan notis berkenaan.

Apa yang penting katanya, pihak penyiasat mahu memastikan apakah yang diisytiharkan itu benar ataupun tidak menjadi satu kesalahan.

“Sekiranya pengesahan itu ada yang kita (didapati) pengisytiharan yang tidak benar ataupun tidak mencukupi,” katanya.

Sebelum ini, Perdana menteri kesembilan itu disiasat berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram berhubung perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia ketika tempoh perkhidmatan beliau dari Ogos 2021 hingga November 2022.

Kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pada 3 Mac lalu, Azam dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam sebuah ‘safe house’ susulan serbuan dilakukan pihaknya.

SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya