PETALING JAYA: Pelawak dan usahawan, Shuib dikhabarkan bakal menimang cahaya mata setelah dua tahun berkahwin dengan isteri, Watie Hanifiah.
Meskipun tiada sebarang pengesahan daripada pihak mereka, rata-rata pengikutnya sudah mula mengucapkan tahniah selepas ada yang mendakwa terlihat ‘baby bump’ pada salah satu perkongsian Watie di Instagram.
Watie sebelum ini telah memuat naik foto semasa pelancaran restoran Sepah Penyet yang diusahakan oleh Shuib dan Mamat.
Menerusi hantaran tersebut, Watie yang polos mengenakan ‘dress’ berwarna biru secara tidak langsung menampakan perutnya yang buncit seolah sedang hamil.
Perkongsian tersebut sekali gus menimbulkan teka-teki dalam kalangan netizen malah, ada juga yang mendoakan agar dipermudahkan urusan jika Watie dan Shuib bakal menimang cahaya mata.
“Wow, nampak baby bump,” komen seorang netizen.
“Ayash nak jadi abang ke? Kalau betul, Alhamdulillah,” komen seorang warganet.
Terdahulu, Shuib dan Watie telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.
Shuib sebelum ini berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8, dan Ayash Affan,4.-UTUSAN