Shamsul Iskandar menang, Adam Adli tewas di Hang Tuah Jaya

Shamsul Iskandar menang, Adam Adli tewas di Hang Tuah Jaya

SHAMSUL Iskandar Mohd. Akin meraikan kemenangannya bersama para penyokong di MITC, Melaka, semalam.-UTUSAN/AMRAN MULUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin menepati ramalan apabila menang bagi jawatan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya pada pemilihan peringkat cabang parti itu yang berlangsung semalam.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pagi ini menyaksikan bekas Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu menang jawatan itu buat pertama kali selepas meraih sebanyak 1,995 undi menewaskan penyandangnya, Mohd. Rafee Ibrahim yang mendapat 736 undi

Kemenangan yang sudah diduga itu menebus kekalahan Shamsul Iskandar pada pemilihan tiga tahun lalu menyaksikan beliau tewas tipis apabila memperoleh 379 undi berbanding Mohd. Rafee yang mendapat 488 undi.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Hang Tuah Jaya pula berlaku kejutan apabila Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim yang bertanding jawatan itu buat pertama kali tewas kepada Zamzizul Nordin.

Adam Ali yang diketahui berada di dalam kem Mohd. Rafee mendapat 791 undi manakala Zamzizul memperoleh 1,905 undi.

Sementara itu, Shamsul Iskandar berkata, kejayaannya itu merupakan kemenangan manis secara peribadi buatnya kerana cabang berkenaan yang dahulunya dikenali sebagai Cabang Bukit Katil adalah permulaan kariernya sebagai ahli politik dan ahli Parlimen.

“Sudah tentunya kemenangan saya kali ini selepas kalah tiga tahun lalu menunjukkan bahawa dari segipada semangat penerimaan ahli parti masih tetap tinggi.

“Saya sebenarnya ingin menggunakan kepercayaan yang ada ini untuk membina satu pasukan Keadilan yang benar-benar mantap dan boleh berperanan secara langsung dalam melaksanakan misi kita melakukan perubahan dalam memberikan khidmat kepada masyarakat di Hang Tuah Jaya,” ujarnya ketika ditemui di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam semalam.

Sementara itu, beliau turut mempelawa Adam Adli untuk bekerjasama dengannya bagi meneruskan khidmat kepada masyarakat di Hang Tuah Jaya.

Sementara itu, di Cabang Tangga Batu menyaksikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Gue Teck tewas mengejut dalam perebutan jawatan Ketua Cabang dalam saingan tiga penjuru.

Bekas Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Azlan Osman, 58, memenangi jawatan itu selepas memperoleh 609 undi diikuti Gue Teck mendapat 568 undi dan Tey Wah Ning dengan 198 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN