Seung Gi putus hubungan dengan bapa mentua - Utusan Malaysia

Seung Gi putus hubungan dengan bapa mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Lee Seung Gi mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan bapa mertuanya, Im Yeong Gyu.

Menurut Seung Gi, 38, keputusan itu dibuat apabila bapa mertuanya sekali lagi melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang.

“Bapa mentua saya sudah dijatuhi hukuman dan didenda sebelum ini. Namun baru-baru ini dia sekali lagi didakwa oleh pihak berkuasa atas kesalahan yang sama.

“Saya dan isteri sangat kecewa. Perkara itu juga merosakkan kepercayaan antara keluarga kami. Selepas berfikir panjang, saya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan keluarga mentua,” katanya.

Sementara itu, Seung Gi turut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak susulan kenyataannya sebelum ini yang mempertahankan bapa mentuanya.

“Saya amat menyesal dengan kenyataan saya sebelum ini yang dibuat tanpa menyiasat isu tersebut.

“Saya dengan ikhlas memohon maaf kepada semua mangsa yang terkesan akibat penghakiman saya,” katanya.

Pada tahun lalu, Im Yeong Gyu yang juga bapa kepada pelakon Lee Dan In, dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi Korea Selatan atas tuduhan manipulasi harga saham bagi meraih keuntungan secara haram.

Sebelum ini, Seung Gi mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lee Da In pada April 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata bersama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN