Setiap bakal jemaah haji Selangor terima tunai RM1,000

Setiap bakal jemaah haji Selangor terima tunai RM1,000

Global Sumud Flotilla 2.0
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor memperuntukkan insentif berjumlah RM6 juta untuk disalurkan kepada jemaah haji muassasah pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, seramai 6,000 jemaah itu bakal menerima insentif tunai sebanyak RM1,000 seorang.

Jelas beliau, peruntukan itu sebahagian komitmen berterusan kerajaan negeri bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat yang terpilih menjadi tetamu Allah.

“Sejak Insentif Haji Muassssah diperkenalkan pada 2022, kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan kepada 12,000 jemaah.

 “Sebagai persediaan memasuki bulan Zulkaedah ini, kita menerusi Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) MBI akan menyediakan peruntukan sebanyak RM6 juta kepada jemaah haji muassasah,” katanya.

Menurut Amirudin, permohonan insentif itu dibuka 22 April hingga 25 Julai depan terutama bagi jamaah haji yang merupakan pengundi berdaftar di Selangor. 

“Permohonan boleh dibuat di Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan membawa dua dokumen penting. Ia melibatkan salinan jadual penerbangan haji muassasah yang memaparkan KOD MUAS dan salinan pengesahan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) sebagai pengundi di negeri ini,” ujarnya.

Tambah beliau, pelaksanaan insentif itu turut dijayakan dengan kerjasama Yayasan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI), Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras DUN.

“Saya berharap ia akan memudahkan perjalanan dan persiapan jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN