Setiap aduan salah laku pemilihan PKR disiasat

Setiap aduan salah laku pemilihan PKR disiasat

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebarang aduan salah laku membabitkan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan disiasat termasuk membeli undi atau rasuah pengundi semasa sesi pemilihan parti. 

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, pihaknya akan meneliti setiap aduan yang diterima secara menyeluruh bagi memastikan proses pemilihan parti berjalan secara telus dan adil.

“Semua aduan akan disiasat dan kita akan teliti satu per satu tanpa sebarang prejudis.

“JPP komited memastikan ketelusan dalam setiap peringkat proses pemilihan,” katanya dalam sidang akhbar Program Semarak Aidilfitri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan penularan satu video di media sosial yang mendakwa calon Ketua Cabang Batu, Prabakaran Parameswaran terlibat dalam pemberian token kepada pengundi menjelang proses pengundian pada 19 April ini.

Prabakaran sebelum ini dilaporkan menafikan sekeras-kerasnya pembabitan dirinya atau pasukannya dalam sebarang pemberian token kepada pemilih.

“Saya telah menerima satu sebaran video berkaitan pemberian token kepada pemilih di Cabang Batu. 

“Saya ingin menafikan perbuatan tersebut sepenuhnya kerana tiada arahan khusus yang dikeluarkan oleh saya kepada mana-mana anggota pasukan, sama ada di peringkat Cabang mahupun sayap parti.

“Melihat kepada video tersebut, satu dakwaan mengatakan saya akan memberi token pada majlis berbuka puasa bersama pengundi. 

“Hal tersebut sama sekali tidak berlaku dan tiada dalam jadual pasukan saya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN