Seorang maut, dua cedera nahas dua kenderaan

Seorang maut, dua cedera nahas dua kenderaan

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat Batu Pahat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Tanjong Laboh, Batu Pahat, awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang wanita maut selepas terlibat dalam nahas dua kenderaan di Jalan Tanjong Labuh di sini, awal pagi tadi.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Pegawai Bomba Kanan II Abdul Ghafar Mahadi berkata, kejadian dimaklumkan pada pukul 1.35 pagi sebelum sepasukan 10 anggota bersama sebuah jentera FRT dan sebuah EMRS dikejarkan ke lokasi.

Katanya, sebaik sampai pasukannya mendapati kemalangan melibatkan dua buah kereta dengan dua orang mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing, manakala seorang lagi mangsa telah dikeluarkan oleh pengguna jalan sebelum ketibaan Pasukan Keluaran Operasi (PKO)

“PKO kemudiannya bertindak mengeluarkan kedua-dua mangsa tersepit menggunakan peralatan khas.

“Wanita berusia 59 tahun yang duduk di bahagian penumpang hadapan bagaimanapun disahkan meninggal dunia manakala pemandu kereta parah,” katanya melalui kenyataan.

Menurut Abdul Ghafar, mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis manakala mangsa yang cedera parah dirujuk ke hospital berdekatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN