'Saya kuat lawan kes ini selepas dapat kekuatan daripada ibu'

‘Saya kuat lawan kes ini selepas dapat kekuatan daripada ibu’

SYED Saddiq ketika ditemui di lobi mahkamah, Istana Kehakiman sejurus selesai prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui mendapat ‘kekuatan’ dalam melawan kes dihadapinya selepas terinspirasi daripada ibunya sendiri.

Menurutnya, ibunya, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz bukan hanya wanita besi malah, wira sebenar dalam hatinya selain seorang pejuang kanser.

“Saya mendapat semangat untuk melawan kes ini, lihatlah wanita di sebelah saya ini. Jangan lupa wanita besi di sebelah saya, mama saya,” katanya ketika ditemui di lobi mahkamah, Istana Kehakiman sejurus selesai prosiding rayuan di Mahkamah Rayuan, di sini hari ini.

Katanya, sejak tahun 2020 (ketika kes siasatan dibuka) lagi, ibunya sentiasa menemaninya di mahkamah.

Syed Saddiq berkata, ibunya disahkan mengidap kanser kali kedua dan dua kali pejuang kanser.

Sementara itu, Sharifah Mahani ketika ditemui berkata, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong dan mendoakan anaknya.

“Tak dapat nak dikatakan sebagai seorang ibu dan melihat perjuangan anak saya. Saya harap ramai lagi anak muda yang akan turut serta dan sama-sama berjuang,” katanya

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan terhadap Syed Saddiq Syed berhubung sabitan dan hukuman empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Prosiding rayuan Syed Saddiq di Mahkamah Rayuan berakhir hari ini selepas mahkamah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak.

Keputusan rayuan Syed Saddiq, 33, sama ada beliau berjaya mengetepikan sabitan dan hukuman atau kekal bersalah akan ditentukan oleh panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya