Saya harap jadi isteri, ibu yang baik - Eyka Farhana

Saya harap jadi isteri, ibu yang baik – Eyka Farhana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Doakan yang baik, saya harap majlis lancar.”

Demikian respons pelakon Eyka Farhana tentang perancangannya untuk menamatkan zaman bujang bersama pemain sayap terengganu FC, Akhyar Rashid tidak lama lagi.

Memilih untuk merahsiakan tarikh hari bahagia, pelakon berusia 30 tahun itu memaklumkan majlis perkahwinannya nanti bakal dihadiri keluarga dan rakan terdekat.

”Ia bukanlah majlis tertutup, tapi jumlah tetamu terhad.

”Persiapan hampir selesai. Saya harap majlis nanti lancar.

”Dan saya harapkan doa yang baik-baik dari peminat,” katanya.

Eyka ditemui pada majlis rumah terbuka Rizman Ruzaini di Shangri-La Hotel, semalam.

Pelakon berusia 30 tahun ini pada masa sama, turut berkongsi perasaan menjelang hari bahagianya nanti.

”Berdebar, teruja, semua ada. Apatah lagi banyak yang saya kena belajar sebelum memulakan hidup sebagai isteri.

”Apa pun saya berterima kasih kepada yang mendoakan. Saya harap dapat jadi isteri dan ibu yang baik,” kongsinya.

Dalam pada itu, Eyka juga bersyukur kerana Akhyar memahami dan tidak menghalang untuk dia terus berlakon selepas berkahwin nanti.

”Malah dia sangat memberikan sokongan dan sentiasa menggalakkan saya.

”Keadaan selepas kahwin pasti berubah, kena lebih banyak masa bersama.

”Tapi dalam masa yang sama saya tidak akan tinggalkan karier meskipun perlu ikut bakal suami kalau dia terpaksa berpindah jik ditawarkan bermain di tempat lain,” kongsinya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN