Saya cuma tidak berpeluang jaga anak - Marissa Dania - Utusan Malaysia

Saya cuma tidak berpeluang jaga anak – Marissa Dania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pempengaruh yang juga puteri kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania enggan anaknya yang sudah meninggal dunia menjadi bahan kritikan warganet. 

Jelas Marissa atau Marissa Dania Hakim, 19, sebagai seorang ibu hatinya terguris walaupun tidak sempat untuk menyusu dan membesarkan anaknya. 

“Alhamdulillah saya sempat mengandungkan dan melahirkan, cuma tak ada peluang untuk menjaga anak saya. 

“Tapi itu bukan bermakna tiada kasih sayang dan ruang untuk berkata sesuka hati,” tulisnya menerusi Instagram Story pada Jumaat. 

Bagaimanapun madu kepada pempengaruh, Umisya Mazlan itu juga tidak mendedahkan bilakah tarikh sebenar pemergian anaknya itu. 

Dalam hantar yang sama, Marissa turut berjanji untuk mempertahankan maruah anaknya itu walaupun sudah tiada lagi di dunia. 

“Tiada siapa yang boleh melindungi awak seperti saya. Walaupun awak tiada lagi di sini, walau apapun yang terjadi, saya akan selalu melindungi awak,” tambahnya. 

Terdahulu, Marissa Dania dilaporkan bersalin bayi pra matang ketika kandungannya berusia enam bulan. 

Bagaimanapun, bayi tersebut tidak dapat diselamatkan. 

Dalam masa yang sama, ibunya, Abby Abadi dikatakan tidak tahu mengenai anaknya yang dilaporkan sudah bersalin ketika itu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya