Sampai saja pintu rumah, saya pengsan - Bell Ngasri - Utusan Malaysia

Sampai saja pintu rumah, saya pengsan – Bell Ngasri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bell Ngasri, berdepan situasi cemas apabila mengalami sesak nafas ketika memandu sendirian dari set penggambaran filem 6 Jilake di Gopeng, Perak.

Mengimbas kembali situasi itu, Bell atau Nasrizal Ngasri, 44, bagaimanapun bersyukur kerana selamat tiba di kediaman sebelum akhirnya ditemukan pengsan di pintu rumah oleh isterinya, Nur Farhana. 

“Semasa penggambaran, saya perlu dukung budak seharian untuk menjayakan beberapa adegan. Babak itu pula memerlukan banyak ‘take’ dan saya perlu angkat dan lambungnya beberapa kali.

“Semasa penggambaran saya tidak rasa apa-apa masalah, seronok sahaja. Tapi selepas itu saya mula sakit pinggang. Semasa memandu pulang ke Kuala Lumpur, badan saya terasa panas. 

“Saya mula berpeluh dan tercungap-cungap sepanjang memandu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sesi fotografi, baru-baru ini. 

Tidak mengingati apa yang terjadi selepas itu, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular ke 35 itu tersedar dalam keadaan bersandar selain lantai dipenuhi muntah. 

“Imej terakhir yang saya ingat ialah saya pegang tombol pintu rumah. Selepas itu saya tak ingat apa yang terjadi. Tahu-tahu isteri kejut dalam keadaan saya sudah bersandar di garaj, lantai habis penuh dengan muntah. 

“Saya pengsan dalam beberapa minit juga, sampai telefon bergegar beri ‘warning’. Saya tak pernah alami kejadian sebegitu. Tapi saya tetap pergi shooting macam biasa sebab tidak mahu menyusahkan kru dan produksi,” ceritanya. 

Dalam pada itu, selepas penggambaran filem 6 Jilake tamat, barulah Bell melakukan pemeriksaan menyeluruh sebelum disahkan doktor tubuhnya tidak mempunyai rehat yang cukup. 

“Adik saya, Anne yang bawa ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh termasuk jantung. Mujurlah doktor kata tiada apa-apa yang serius, hanya tidak cukup rehat sahaja. 

“Mungkin saya terlalu seronok mahu menjayakan adegan seorang bapa kerana dalam filem itu, anak saya berjaya mengalahkan orang jahat. 

“Alhamdulillah, saya baik-baik sahaja,  semua pun sudah selesai,” katanya.

Membawakan watak Kasturi dalam 6 Jilake, Bell turut bergandingan dengan pelakon handalan lain seperti Amerul Affendi, Saiful Apek dan Jalil Hamid. 

Filem arahan Aziz M Osman ini sudah menemui penonton sejak 26 April lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya