Rumah Terbuka Raya Mekdi semarak sambutan Aidilfitri

Rumah Terbuka Raya Mekdi semarak sambutan Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Rumah Terbuka Raya Mekdi yang diadakan di lima lokasi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini bertujuan untuk menyemarakkan kembali semangat perayaan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Ketua Sumber Manusia McDonald’s Malaysia, Azhar Darbi berkata, antara intipati program termasuklah persembahan nyanyian lagu raya dan permainan tradisional.

“Sejak McDonald’s beroperasi di Malaysia bermula 1982, ini kali pertama rumah terbuka diadakan sempena Aidiladha. Lima lokasi dipilih iaitu Bangsar, Damansara, Kuantan, Johor Bahru serta Tabuan Jaya.

“Antara matlamatnya adalah untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri bersama masyarakat setempat, di samping memberi kembali kepada mereka yang telah menyokong kami selama ini,” katanya ketika ditemui di McDonald’s Bandar Baru Uda, di sini hari ini.

Seramai lebih 5,000 pengunjung yang hadir pada program bermula 6 petang hingga 9 malam itu disaji dengan menu Foldover Ayam serta Apple Pie, selain turut berperanan memenangi kotak makanan McDonald’s.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee pula memberitahu, program Rumah Terbuka Raya Mekdi yang diadakan ini kesinambungan kepada program sama diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina lalu.

“Penggunaan nama panggilan Mekdi juga menunjukkan kemesraan antara jenama ini dengan orang Malaysia kerana panggilan restoran McDonald’s di setiap negara tidak sama,” jelasnya.

Salah seorang pengunjung yang ditemui, Mohd. Rusdi Abdullah, 31, memberitahu, dia teruja untuk mengunjungi Rumah Terbuka Raya Mekdi yang julung kali diadakan pada tahun ini.

“Saya berkunjung ke sini dengan rakan-rakan, kami teruja untuk lihat apa yang disediakan dan ternyata persembahan nyanyian lagu tradisional berjaya menghidupkan suasana raya.

“Menu makanan yang disediakan juga menarik, kami pasti akan berkunjung lagi pada program rumah terbuka McDonald’s pada tahun-tahun akan datang,” katanya yang menetap di Skudai, di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya