Rumah Terbuka Raya Mekdi meriah

Rumah Terbuka Raya Mekdi meriah

MCDONALD'S Malaysia raikan kira-kira 1,500 pengunjung dengan set makanan Foldover Ayam percuma sempena Rumah Terbuka Raya Mekdi, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,500 pengunjung diraikan dengan set makanan percuma sempena Rumah Terbuka Raya Mekdi anjuran McDonald’s Malaysia di Pantai Sentral Park, di sini, semalam.

Program julung kali itu dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan akan diadakan di empat lokasi lagi iaitu Bandar Sri Damansara (hari ini), Indera Mahkota, Pahang (18 April), Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan Tabuan Jaya, Sarawak (26 April).

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, penganjuran rumah terbuka itu merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk terus mendekati masyarakat setempat.

“Rumah Terbuka Raya Mekdi merupakan inisiatif pertama kami sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan komuniti di kawasan restoran kami beroperasi,” katanya ketika ditemui pada majlis berkenaan.

Menurut beliau, McDonald’s sentiasa mengutamakan hubungan dengan masyarakat dan tidak pernah memisahkan operasi perniagaan daripada komuniti setempat.

“Mereka adalah sebahagian daripada keluarga besar kami yang dikenali sebagai McFamily dan kami amat berbesar hati atas sambutan hangat daripada pelanggan yang sentiasa menyokong McDonald’s selama ini.

“Ini merupakan cara paling bermakna dan menyeronokkan untuk kami memberi kembali kepada masyarakat,” katanya.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Darul Sakinah yang dijemput khas sebagai tanda menghormati komuniti setempat.

Menurut Melati, program berkenaan merupakan kesinambungan kepada inisiatif komuniti sempena Ramadan lalu iaitu Kongsi Rezeki Ramadan yang melibatkan aktiviti gotong-royong, sumbangan makanan serta program iftar dan moreh di masjid, surau dan institusi pengajian tinggi.

Pengunjung yang hadir dihidangkan dengan menu McDonald’s Foldover Ayam secara percuma, selain disajikan dengan persembahan artis. Nabila Razali, Sophia Liana dan MK K-Clique serta pelbagai permainan moden dan tradisional. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya