Rombakan Kabinet hak prerogatif Perdana Menteri

Rombakan Kabinet hak prerogatif Perdana Menteri

FAHMI Fadzil mengadakan lawatan ke Nadi Balai Raya Taman Desa Skudai, Taman Sri Skudai, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebarang rombakan Kabinet ekoran perubahan tampuk kepimpinan parti merupakan hak prerogatif Perdana Menteri.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hanya akan diputuskan selepas Pemilihan PKR Peringkat Pusat 2025 selesai pada 24 Mei depan.

“Itu (rombakan Kabinet) adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri. Mungkin selepas itu (pemilihan Pusat PKR), kita akan tahu dengan lebih jelas laluan ke depan (sama ada rombakan Kabinet perlu dilakukan),” katanya selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (Nadi), Balai Raya Taman Desa Skudai, di sini hari ini.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keperluan rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan akan dilakukan susulan Pemilihan PKR 2025 yang mencatatkan kejutan apabila beberapa nama besar serta berjawatan dalam kerajaan tewas dalam pemilihan tersebut.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, kalah menang seseorang dalam politik terutama di peringkat Cabang adalah perkara biasa.

“Semestinya ramai bertanya, apa seterusnya selepas ini. Jika kita lihat dalam PKR sebelum ini, dia bukan ‘straight forward’, contohnya calon Parlimen Wangsa Maju adalah Ketua Cabang Titiwangsa, tidak semestinya perlu jadi ketua cabang di situ, maka dia akan jadi calon pilihan raya

“Namun untuk jawatan politik, PKR masih belum selesai. Kita masih ada pemilihan di peringkat Pusat dengan PKR tidak melarang mana-mana anggota parti terbabit dalam pemilihan pusat, walaupun mereka tidak memegang jawatan di peringkat cabang,” katanya.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, terdapat situasi dalam PKR, pemimpin yang tidak berjaya atau tidak bertanding di peringkat Cabang, namun berjaya di Pusat.

“Jadi, prosesnya (pemilihan) masih berjalan. Pencalonan peringkat Pusat berlangsung 3 dan 4 Mei nanti, manakala pemilihan secara fizikal oleh perwakilan yang datang ke Kongres PKR akan berlangsung 24 Mei,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya