Riena bagi Keith Foo ‘signal’, mahu anak segera - Utusan Malaysia

Riena bagi Keith Foo ‘signal’, mahu anak segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pasangan kekasih pelakon, Riena Diana dan Keith Foo terus mencuri tumpuan apabila tidak kekok menunjukkan kemesraan kepada umum. 

Menjalin hubungan cinta sejak tahun lalu, Riena atau Nur Qamarina Riena Zulreal, 28, nampaknya sudah memberi isyarat kepada kekasihnya, Keith Foo bahawa dirinya sudah bersedia bergelar seorang ibu. 

“Cepatlah Keith Foo, mahu satu (bayi) begini. Tak mahu Walid.

“Janji comel. Cuba anda semua ‘tag’ Keith cakap cepat sikit dan apa akibat dia kalau lambat-lambat,” tulis Riena berseloroh menerusi sebuah hantaran di Instagram. 

Riena turut memuat naik video dirinya menimang seorang bayi perempuan yang dipercayai anak saudaranya. 

Lebih melucukan, jejaka kacukan India dan Cina itu turut menurunkan komen di hantaran berkenaan. 

“Tidak lama lagi, sayang,” tulisnya disusuli dengan emoji bermata ‘love’.

Ramai yang turut geli hati dengan hantaran tersebut sehingga ada yang bergurau sekiranga Keith Foo lambat, Reina mungkin akan disunting Walid iaitu salah satu karakter dalam drama Bidaah lakonannya yang sedang tular. 

“Cepat Keith Foo, nanti Walid rembat,” tulis satu komen. 

“Ala comel sungguh. Mesti anak berdarah kacukan,” kata komen yang lain. 

“Cepat dik, nanti akak masak ayam pencen pedas nasi pengantin, kesukaan awak,” kata penerbit dan pengarah Ayu Puteh. 

Riena dan Keith Foo mula rapat selepas masing-masing terlibat menjalani penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland pada Jun tahun lalu. 

Bagaimanapun, Riena sebelum ini menjelasnya dia tidak mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat dan akan mengumumkan kepada umum sekiranya hatinya sudah terbuka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN