Remaja maut kemalangan di LPT2

Remaja maut kemalangan di LPT2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 321.3 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini, tengah malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu, Hairodariush Amri Hairodadamizan, 16, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di beberapa anggota badan. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli, berkata, difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya menunggang motosikal dari arah Paka untuk pulang ke kediamannya di Kampung Titian Berayun, Kijal. 

“Setibanya di lokasi kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 seorang diri dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi penghadang lebuhraya di sebelah kiri jalan.

 “Pelanggaran itu mengakibatkan mangsa terseret dan tercampak di tengah laluan lebuh raya,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya