RDC latih masyarakat celik AI dan IoT

RDC latih masyarakat celik AI dan IoT

SHARMILA Mohamed Salleh (dua dari kanan) semasa Majlis Perasmian Ruang Daya Cipta Kota Bharu di Kota Bharu, Kelantan, semalam. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Ruang Daya Cipta (RDC) yang diwujudkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berperanan melatih masyarakat Malaysia agar celik teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) dan internet kebendaan (IoT).

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), Dr. Sharmila Mohamed Salleh berkata, langkah itu bertujuan memastikan masyarakat tidak kekok untuk berdepan teknologi canggah dunia hari ini.

Menurutnya, teknologi itu perlu dimanfaatkan sebaik mungkin dalam membantu pertumbuhan ekonomi masyarakat.

“RDC membuka ruang seluas-luasnya kepada semua penduduk tanpa mengira peringkat umur kepada teknologi. Menariknya, individu atau kumpulan kurang pendedahan dalam penggunaan teknologi akan diberikan latihan sebaik mungkin.

“Hasrat kami dan MOSTI supaya kepakaran yang ada di RDC ini dikongsi dengan sebaik mungkin supaya lebih banyak manfaat diterima oleh rakyat,” katanya semasa Majlis Perasmian RDC Kota Bharu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini.

Sharmila memberitahu, RDC turut dilengkapi dengan peralatan berteknologi tinggi seperti pencetak tiga dimensi (3D), robotik, dron dan studio digital.

Katanya, makmal pembelajaran seperti robotik dan realiti maya turut diwujudkan dalam usaha meningkatkan penguasaan teknologi semasa dalam kalangan komuniti.

“Sejak ditubuhkan pada 2021 lalu, lebih 13,000 pengguna sudah menerima manfaat yang telah disediakan oleh MOSTI.

“Untuk tahun ini, sebanyak 10 buah RDC akan diwujudkan di seluruh negara termasuk Pahang, Putrajaya dan Sarawak. Sejak 2021 hingga kini 21 buah RDC telah diwujudkan kecuali Perlis,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya