TAPAH: Pusat mengundi PRK Ayer Kuning di Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti di sini ditutup pada pukul 4 petang.
Pusat mengundi di sekolah itu merekodkan pemilih berdaftar terendah iaitu seramai 378 orang dengan satu saluran mengundi.
Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning masih berjalan di 18 pusat mengundi sehingga pukul 6 petang ini.
Setakat pukul 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.01 peratus. – UTUSAN