Pulau Pinang: Hanya 1 peratus belum terima bekalan air

Pulau Pinang: Hanya 1 peratus belum terima bekalan air

HANYA satu peratus pengguna belum menerima bekalan air ketika ini susulan Gangguan Air Berjadual (SWSI) di Pulau Pinang sejak Jumaat lalu.-GAMBAR/FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Hampir 99 peratus kawasan yang terjejas akibat Gangguan Air Berjadual (SWSI) di Pulau Pinang sejak Jumaat lalu telah berjaya dipulihkan sehingga kini.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan, sebanyak 337,000 daripada 341,708 pengguna yang terjejas juga telah menerima bekalan air seperti biasa ketika ini.

“Ketika ini, PBAPP sedang berusaha untuk memulihkan bekalan air secepat mungkin di beberapa kawasan hujung paip agihan (End of Line – EoL) dan tanah tinggi di daerah Barat Daya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut PBAPP, pengguna di Seberang Perai Utara (SPU), Seberang Perai Tengah (SPT), Seberang Perai Selatan (SPS) serta Timur Laut yang masih mengalami gangguan bekalan diminta menghubungi Pusat Panggilan 24 jam PBAPP di talian 04-2558255 atau 04-5096509.

Terdahulu, gangguan air yang bermula pada pukul 10 malam Jumaat itu berlaku susulan pelaksanaan 23 projek penambahbaikan perkhidmatan bekalan air di kawasan perkhidmatan Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang menelan kos RM25 juta.

Penambahbaikan projek berkenaan dikatakan memberi manfaat kepada 465,000 pengguna air di negeri ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya