PRK Ayer Kuning: 54.01 peratus mengundi setakat 4 petang - Utusan Malaysia

PRK Ayer Kuning: 54.01 peratus mengundi setakat 4 petang

SEORANG pengundi PRK Ayer Kuning mengundi di SK Sungai Lesong di Tapah. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning mencatatkan 54.01 peratus sehingga pukul 4 petang.

Peratusan jumlah pengundi itu dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Terdahulu, sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran bagi PRK DUN Ayer Kuning dibuka serentak pada pukul 8 pagi hari ini.

Seramai 31,281 pengundi berdaftar direkodkan di DUN Ayer Kuning yang akan memilih wakil rakyat baru bagi menggantikan Allahyarham Ishsam Shahruddin, 59, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu.

Seramai tiga calong bertanding bagi merebut kerusi DUN membabitkan calon dari Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, dengan Abdul Muhaimin Malek, 44, dari Perikatan Nasional (PN) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya