Presiden Maldives terima ijazah kehormat daripada UIAM

Presiden Maldives terima ijazah kehormat daripada UIAM

Ketua Perlembagaan UIAM, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kanan) berkenan menyempurnakan penganugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan MADANI oleh UIAM kepada Presiden Maldives, Dr Mohamed Muizzu (kiri) pada majlis konvokesyen khas di Universiti Islam Antarabangsa di sini hari ini. UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden Republik Maldives, Dr. Mohamed Muizzu menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Anugerah tersebut disampaikan oleh Ketua Perlembagaan UIAM, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam Majlis Konvokesyen Khas yang diadakan di sini, hari ini.

Baginda bertitah, penganugerahan tersebut merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan cemerlang Dr. Muizzu dalam membentuk hala tuju pembangunan Maldives.

Ia juga mencerminkan hubungan erat antara Malaysia dan Maldives yang berteraskan nilai Islam, kecemerlangan pendidikan serta pembangunan modal insan.

“Sejak awal 1990-an, UIAM menjadi destinasi pilihan pelajar Maldives untuk melanjutkan pengajian.

“Sejak penubuhannya, UIAM telah melahirkan 380 alumni Maldives, terdiri daripada 193 graduan peringkat sarjana muda, 160 graduan sarjana, dan 27 graduan kedoktoran.

“Kini, mereka berkhidmat dalam bidang undang-undang, pentadbiran, pendidikan, kewangan dan hal ehwal agama,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Khas UIAM bagi penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani kepada Presiden Maldives, di sini hari ini.

Sementara itu, baginda bertitah, UIAM turut memainkan peranan penting dalam penubuhan Universiti Islam Maldives (IUM) antara tahun 2014 hingga 2020.

“UIAM turut menyumbang kepada penubuhan IUM melalui kerjasama akademik dengan institusi-institusi di Maldives menerusi program pertukaran, inisiatif pembangunan kapasiti serta pelbagai kerjasama penyelidikan.

“Sehubungan itu, adalah amat wajar untuk kita mengiktiraf peranan penting Maldives sebagai salah satu pengasas institusi ini,” titah baginda.

Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Islam dan Pembangunan Madani itu dikemukakan oleh Jabatan Sains Politik dan Pengajian Madani, AbdulHamid AbuSulayman Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan (AHAS KIRKHS), UIAM.

Dr. Muizzu turut menyampaikan syarahan umum bertajuk The Intellectual Renaissance: Unveiling the Scientific and Modern Developments of Islamic Civilization yang mengupas kebangkitan intelektual serta sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains dan kemodenan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya